Alam ataupun Nature memberikan maksud yang amat luas kepada kita. Alam dunia ini dikatakan berumur jutaan tahun lamanya. Berapa lama....10 juta tahun..2.5 billion tahun?? Allah Taala saja yang tahu akan sohihnya usia Alam Dunia ini. Ilmu Geografi seringkali menghubungkait di antara maklumat spatial (Geografi) dengan cirinya ataupun maklumat lain yang menceritakan akan spatial berkenaan, namun tidak tercapai akal fikiran ini menakluk akan semua ilmu di dalam Alam Dunia ini.
Bidang Ekonomi Sumber Alam adalah salah satu cabang ilmu yang memperincikan kaitan di antara Alam dan Ekonomi. Kita secara sedar ataupun tidak sentiasa membayar nilai untuk Alam ini. Harga sesebuah unit rumah yang mempunyai view kepada pantai yang indah semestinya jauh lebih mahal berbanding rumah yang tidak mempunyai view yg cantik. Am i right?
Umum menyetahui bahawa Al Idrisi atau nama penuhnya Abu Abd Allah Muhammad al-Idrisi al-Qurtubi al-Hasani al-Sabt adalah salah seorang tokoh Islam yang terkemuka dalam bidangan Geografi. Beliau adalah orang pertama yang mencipta Globe (peta dunia), hatta sebuah syarikat perisian GIS@Geographical Information System menamakan perisaan mereka sebagai Idrisi. Ia adalah perisian yang selaluinya digunakan untuk memproses data raster (imej).
Luasnya Alam ini sebenarnya...begitulah luasnya otak rasa nak menulis di lam blog ini. moga kiranya ia menjadi satu Mukoddimah yang luas dan bermakna.....